slider 1

          Penyajak           IPGKTHO           Green           Golden frame

Tuesday, 17 October 2017

Kemenangan peserta Jabatan Ilmu Pendidikan dalam Pertandingan Inovasi Pedagogi 2017 IPGKTHO

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pensyarah dan pelajar Jabatan Ilmu Pendidikan yang telah memperolehi kejayaan dalam Pertandingan Inovasi Pedagogi 2017 IPGKTHO!

Dengan gembiranya kita mengumumkan bahawa pasukan peserta kita memperolehi kemenangan yang berikut:

Pingat Emas
1. Kategori Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (Pensyarah dan Staf)
1.1   Pasukan En. Mohd Rosman bin Salubin, En. Mohd Azhar bin Ab Rahman, Tn. Hj. Azlan bin Lin dan En. Said bin Sulaiman yang bertajuk "Papan Latih Tubi" untuk meningkatkan kemahiran menulis (Pra tulisan dan Tulisan Mekanis).



Pingat Perak
1. Kategori Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (Pensyarah dan Staf)
1.1 Dr. Siti Saleha binti Samsuri dan Pn. Saedah binti Sukiran yang bertajuk "Model PekProjek PAK21 dalam Pembelajaran Bersepadu di Prasekolah."


2. Kategori Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (Pensyarah dan Pelajar)
2.1 Pn. Hjh Fadhilah binti Aspar bersama pelajar beliau, Tan May Lee, Nur Najihah Atiqah bt Nasran dan Nur Izzuren bt Amiruddin. Projek Inovasi mereka bertajuk Penggunaan Drop Ball Bagi Mengatasi Masalah Operasi Tambah Dlm Klgn Murid Prasekolah".



2.2 En, Mohd Rosman bin Salubin dan Pn Hjh Norashikin bersama pelajar mereka, Asillah binti Rosli, Muhammad Basid Fitri binti Hamid Latif serta Husnah Saadah binti Abdullah. Projek mereka bertajuk "Penggunaan Multimedia Interaktif Easy-Urus-Diri Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Diri Murid Bermasalah Pembelajaran".



Pingat Gangsa
1. Kategori Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (Pensyarah dan Pelajar)
1.1  Pn. Saedah binti Sukiran bersama pelajar beliau, iaitu Ng Swee Swee, Norizzati binti Ali, Hanis Tasnim binti Abdul Wahid dan Atifah binti Sukor. Projek mereka adalah "Mesin Telur".




Friday, 6 October 2017

Pelantikan Dr. Rafiah binti Abdul Rahman sebagai Timbalan Pengarah IPGKTHO




Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Rafiah binti Abdul Rahman atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn mulai 4 September 2017.

Beliau telah menerima watikah pelantikan beliau secara rasmi ketika berlangsungnya Perhimpunan Bulanan Bil. 10/2017 pada 2 Oktober 2017 di Dewan Sri Budiman.

Semoga kepemimpinan beliau akan menggerakkan seluruh warga IPGKTHO ke arah kecemerlangan profesionalisme dan juga kemenjadian bunga dan bangsa Negara!

Monday, 11 September 2017

Pertandingan Petanque Sempena Bulan Kemerdekaan 2017

Pada 20 Ogos 2017 (Ahad), pensyarah dan staf sokong  Jabatan Ilmu Pendidikan telah menyertai Pertandingan Petanque Sempena Bulan Kemerdekaan 2017 anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGKTHO.


 


Tahniah dan syabas kepada pensyarah dan staf Jabatan Ilmu Pendidikan  yang telah meraih kemenangan dalam pertandingan ini.

 Keputusan Rasmi Pertandingan Petanque

JOHAN: #bangkit bersama - Mohd Zahari Zainudin
                                            - Muhammad Rashidi Saha
                                            - Mohd Rizal Basri
                                            - Shahrul Nizam 
NAIB JOHAN: JMFK          - Mohd Fadzil Bin Hj Jaafar
                                            - Mahmud Bin Ibrahim
                                            - Juliwon Bin Panut
                                            - Salhani Bt Sadun
KETIGA:  HAWA JIP           - Haslina Muhamad
                                             - Dr. Faridah Mohd Sopah
                                             - Noor Aziza Anuar
                                             - Hjh Fadzilah Aspar
KEEMPAT: SWEET SOUR  - Norliza Samin
                                             - Noraslinda Abu
                                             - Nazariah Hussein
                                             - Mohamad Asmadi Samdin

Wednesday, 30 August 2017

Pengarah IPGKTHO ke-14

Mulai 1 Ogos 2017, Pengarah baru IPGKTHO ialah Tuan Haji Adib bin Sulaiman. Beliau akan mengambilalih tugas Pengarah setelah Tn. Hj. Hassan bin Pardi bersara wajib pada usia 60 tahun.

Selamat menjalankan tugas, Tn. Hj. Adib. Semoga IPGKTHO bertambah mantap dan maju di bawah kepemimpinan Tuan.

Tuesday, 7 March 2017

Meraikan ketibaan Pengarah IPGKTHO ke-13

Ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Hassan bin Pardi atas pelantikan beliau sebagai Pengarah IPGK Tun Hussein Onn ke-14 berkuatkuasa mulai 1 Mac 2017.

Seluruh staff IPGKTHO telah meraikan ketibaan beliau pada 5 Mac 2017 sebagai tanda penghormatan kepada beliau.

Semoga Tn. Hj. Hassan, bekas Timbalan Pengarah IPGKTHO yang memangku Pengarah institut selepas Pengarah ke-13, Dr. Hamzah bin Ihsan bersara wajib pada bulan Disember 2016, dapat meneruskan kepimpinan IPGKTHO yang cemerlang, gemilang dan terbilang!