slider 1

          Penyajak           IPGKTHO           Green           Golden frame

Coming Events

Thursday, 22 October 2015

Seminar Amalan Terbaik Penggunaan VLE Sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat Tahun 2015


    Amalan Terbaik Menggunakan Frog VLE!

      Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dan Pusat Kegiatan Guru Penggaram akan mengadakan  Seminar Amalan Terbaik Penggunaan VLE Sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat di Dewan Seri Budiman, IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor pada 28 Oktober 2015 (Rabu).

Terdapat 6 buah sekolah contoh daerah Batu Pahat akan berkongsi maklumat amalan terbaik menggunakan VLE secara efektif.

Cikgu Fadzil dari SMK Dato' Usman Awang, Skudai , sekolah amalan terbaik Daerah Johor Bahru) akan juga berkongsi maklumat.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini bagi mengetahui bagaimana Frog VLE dilaksanakan pada peringkat sekolah.

Friday, 16 October 2015

Seminar Amalan Terbaik Penggunaan VLE Sekolah-sekolah Batu Pahat

Tarikh     : 28 Oktober 2015 (Hari Rabu)
Masa       : 10.00 pg - 12.30 t/h
Tempat    : Dewan Seri Budiman



          Seminar Amalan Terbaik VLE Sekolah-sekolah Batu Pahat adalah Projek BTPN dan JPN Johor, dibawah anjuran PPD Batu Pahat dan PKG Pengaram dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.

          Enam buah sekolah yang mempunyai prestasi dan amalan penggunaan VLE yang terbaik akan membuat pembentangan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman, iaitu:
1            - SK Banang Jaya
         - SK Sepakat Jaya
         - SJKC Hwa Min
         - SMK Tun Aminah
         - SMK(P) Temenggong Ibrahim
         - SMK Dato Onn


Selain daripada itu, En. Mohd Fadzil bin Mohd Hanid, SMK Dato Usman Awang, PKG Kompleks UDA, Johor Bahru juga dijemput untuk berkongsi pengalaman.
En. Mohd Fadzil bin Mohd Hanid, Admin Frog dan Guru IT di SMK Dato Usman Awang, merupakan GEG Leader untuk Cawangan Wilayah Iskandar, Johor Bahru (baris hadapan dari kiri: ke -4 yang berbaju merah.)


Monday, 5 October 2015

Seminar Pendidikan Nusantara 2015





    Pada 5 Oktober 2015, IPGKTHO telah menganjurkan Seminar Pendidikan Nusantara 2015 bersama Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Pasundan Cimahi, Indonesia.

Seramai 16 orang pembentang yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar daripada dua buah institusi pendidikan tersebut dan juga daripada UTHM telah berkongsi maklumat dapatan hasil kajian masing-masing.


Saturday, 3 October 2015

Daripada Panel Penyunting...

Salam semua, Jutaan Tahniah diucapkan kepada semua warga IPGKTHO sempena Hari Inovasi IPGKTHO. Khususnya kepada warga JPIPK - Dr Mazlan A Karim; Dr Tey Kien Huat dan kumpulan urusetianya. Juga semua peserta pertandingan. Tidak dilupakan kepada Tim Pengadil dari UTHM. Tahniah semua.

Friday, 2 October 2015

Google Education On Air: Learn, Share & INSPIRE!

      Salam sejahtera 1 Malaysia.

      Pada 1 November 2015 nanti, Google Education On Air akan diadakan dalam bentuk Webinar melalui Google Hangout. Penyertaan adalah percuma.

     Ramai pendidik akan berkongsi maklumat berhubung pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Terdapat sesi perkongsian maklumat dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan juga Bahasa Tamil mengikut slot masa yang dijadualkan.

     Anda boleh melayari laman web berkenaan untuk maklumat lanjut dan daftarkan diri untuk sesi yang berkenaan. Dapatkan pautan untuk tontonan Webinar. Yang berikut adalah pautan ke laman web Google Education On Air: