slider 1

          Penyajak           IPGKTHO           Green           Golden frame

Coming Events

Thursday, 26 November 2015

Bengkel Schoology Penyelaras OLL PPG IPGK Zon Selatan dan Utara

Pada 19-20 November 2015, penyelaras-penyelaras OLL PPG telah dipanggil untuk menghadiri Mesyuarat Pelarasan OLL dan bengkel Schoology di IPGK Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan.

IPGM berhasrat beralih daripada penggunaan platform Moodle kepada Schoology yang lebih mudah, mesra pengguna dan tidak memerlukan server tempatan.

Penyelaras OLL PPG daripada IPGK Zon Selatan dan Zon Utara telah berkumpul untuk menguasai kemahiran penggunaan Schoology.

Pembentangan wakil zon berhubung Portal yang telah dibangunkan.

En. Razali Mohammad, Ketua Unit Pusat Sumber IPGKTHO telah dijemput sebagai penceramah yang berkongsi maklumat penggunaan Schoology untuk semua IPGK.
Bengkel yang bertujuan memberikan pendedahan kepada penyelaras OLL PPG dilaksanakan sebanyak tiga siri, iaitu:
  • 19-20 Nov 2015 - Bertempat di IPGK Raja Melewar, Seremban untuk Zon Selatan.
  • 30 Nov - 1 Dis 2015 - Bertempat di IPGK Ipoh untuk zon Timur & Utara,
  • 3-4 Dis 2015 - Bertempat di IPGK Kent, untuk Zon Sabah & Sarawak.




Klik untuk melihat ALBUMnya.>>

Thursday, 12 November 2015

Penubuhan Pasukan Frog Champion IPGKTHO Tahun 2016

SERTAI  BENGKEL FROG CHAMPION IPGKTHO 

bertarikh 9 Jan 2016 (Sabtu) & 16 Jan 2016 (Sabtu)

Salam sejahtera kepada semua pelajar PPISMP dan PISMP IPGKTHO.

Ingin mendalami pengetahuan dan kemahiran berhubung penggunaan FROG VLE di sekolah?

Bersedia untuk menerima latihan sebagai FROG CHAMPION yang berupaya menyebarluaskan amalan TMK dalam PdP berasaskan VLE?


Rakan Frog

Tujuan:
Menubuhkan pasukan RAKAN FROG (FROG CHAMPION) yang dapat menguasai kemahiran teknikal serta sifat kepemimpinan dalam menyebar luas penggunaan Frog VLE.


BENGKEL GOOGLE APPS FOR EDUCATION (GAFE)


Pada awal tahun 2016 juga, kita akan memulakan Bengkel Frog VLE dan Google Apps for Education (GAFE) yang bersiri secara berkala untuk memberikan pendedahan kepada semua yang berminat untuk mengikuti perkembangan terkini dalam pengintegrasian GAFE dalam PdP.

Bengkel-bengkel ini TERBUKA kepada yang berminat untuk menguasai kemahiran pengintegrasian GAFE dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang berasaskan Frog VLE yang bakal dipraktikkan di sekolah nanti.

Konvokesyen Pra Sekolah Anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan 2015

Majlis Konvokesyen Pra Sekolah Anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan telah disempurnakan pada 5 Oktober di Hotel Pelican, Batu Pahat.

Dr. Kamisah binti Buang, selaku Penyelaras Program memberikan ucapan alu-aluan.                        

Tn. Hj. Jamal Mohd. Nasir bin Atan, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan menyampaikan Sijil Murid Pra Sekolah Tunas Bestari IPGKTHO.
Persembahan murid-murid Pra Sekolah Tunas Bestari IPGKTHO.
Persembahan murid Pra Sekolah Tunas Bestari IPGKTHO
Murid-murid Pra Sekolah Tunas Bestari IPGKTHO telah menghadiri Majlis Konvokesyen yang meriah ini.

Pelaksanaan majlis konvokesyen ini adalah memberikan pendedahan kepada murid Pra Sekolah suasana yang sebenar dalam sebuah majlis formal serta sebagai motivasi dan tanda penghargaan kepada usaha murid. Ini juga adalah peluang latihan kepada guru pelatih PISMP Pra Sekolah untuk melibatkan diri dalam perancangan, pelaksanaan dan pengelolaan majlis konvokesyen.

Tuesday, 10 November 2015

Jasamu dikenang, En. Zelkepli bin Shahrom

       En. Zelkepli bin Shahrom, bekas pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan sudah bersara wajib pada usia 60 tahun pada 8 Oktober 2015. Selama 10 tahun beliau berkhidmat di IPGKTHO, beliau dikenali sebagai Juru Foto IPGKTHO yang merakam foto untuk hampir setiap majlis rasmi dan program/aktiviti yang berlangsung baik di dalam ataupun di luar kampus IPGKTHO.

      Kini En. Zelkepli telah menyerahkan semua tugas rasmi di IPGKTHO, mudah-mudahan beliau dirahmati dengan kesihatan dan kesejahteraan yang tiada kesudahan. Selamat tinggal, Datuk Zel!


Monday, 9 November 2015

Taklimat Kemudahan Cuti Rehat Tahunan (CRT) Pensyarah IPG

          Pada 9 Oktober 2015 (Isnin), Pengarah IPGKTHO telah memberikan taklimat berhubung Kemudahan Cuti Rehat Tahunan (CRT) kepada pensyarah institut di Balai Ilmu.


          Mulai tahun 2016, semua pensyarah akan diberikan kemudahan CRT selama 35 hari pada setiap tahun bagi menggantikan kemudahan cuti sekolah. Bagi CRT yang tidak digunakan, sebanyak 15 hari bagi setiap tahun boleh ditukarkan kepada "Golden hand shake" untuk tempoh tidak melebihi  150 hari sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan Malaysia.



Klik untuk maklumat lanjut:


Seminar Amalan Terbaik Penggunaan VLE Sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat Tahun 2015

Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dan Pusat Kegiatan Guru Batu Pahat telah menganjurkan Seminar Amalan Terbaik Penggunaan VLE sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat Tahun 2015 dengan kerjasama IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat pada 28 Oktober (Rabu) di Dewan Seri Budiman, IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.
Tn. Hj. Fauzan Bin Sukimi, Pengetua SMK Dato' Onn berkongsi maklumat berhubung "Kiosk Bestari" yang menjadi kebanggaan sekolah beliau.

Pn. Siti Norbaizura Binti Md Subahi, Penyelaras VLE SMK Tun Aminah menceritakan pengintegrasian Google Drive dalam PdP.

En. Mohd Fadzil bin Mohd Hanid (tengah) , pembentang jemputan khas menerima cenderahati daripada Datin Che Normadiah binti Che Abbas, Ketua Penolong BTPN Johor (kanan).

Barisan AJK Program Seminar Amalan Terbaik Penggunaan VLE bergambar di akhir majlis.




Perhimpunan Bulanan Oktober-Disember, Majlis Persaraan dan Majlis Penutup Bulan Bahasa Kebangsaan (3 Majlis dalam 1)

Pada 18 Oktober, IPGKTHO telah meraikan tiga orang staf yang bersara pada hujung tahun ini sempena berlangsungnya acara majlis 3 dalam 1 ini.
Ustazah Sharifah Mastura binti Ahmad (berbaju mera seroja) menerima cenderahati daripada En, Rouliluddin bin Ambia (kanan)

En. Zelkepli bin Shahrom (menghadap kamera) bersara akan bersara wajib pada 8 November 2015.

Tn. Hj. Rahmat bin Jereman (kedua dari kiri) akan bersara pada bulan Disember.



Monday, 2 November 2015

Program Dusun Dalam IPG, 2 Nov 2015 - FASA 1

          Program Dusun Dalam IPG bertujuan mewujudkan sebuah landskap bertemakan tanaman buah-buahan yang sesuai di dalam kampus IPGKTHO. Ia terdiri daripada 4 Fasa. Matlamat program ini bukan hanya setakat menghasilkan buah-buahan yang boleh dirasai oleh semua warga IPGKTHO bahkan bercita-cita menerapkan nilai-nilai murni dan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar dan pokok buah-buahan.

            Fasa pertama bermula dengan ucapara mengorek lubang dan menanam pokok-pokok benih di sekitar kampus. Pada 2 hb November 2015, semua warga IPGKTHO telah berkumpul di Gimnasium pada pukul 9.00 pagi bagi memulakan Pelancaran Program Dusun Dalam IPG. Ia bermula dengan senaman aerobik beramai-ramai di Gimnasium, diikuti dengan program setiap orang staf menanam sepohon pokok benih di kampus. Majlis berakhir dengan jamuan potluck.

Staf dan pelajar IPGKTHO turut menyertai senaman aerobik sebagai acara pembukaan majlis.
Murid-murid Pra Sekolah juga tidak ketinggalan dalam meraikan majlis yang meriah ini.
Bacaan doa bagi memohon restu dan kejayaan kepada program penanaman pokok benih yang bakal menjadi dusun yang merimbun.
Ustaz M. Asrar bergaya dengan pokok benih beliau.
Pn. Wan Maisarah dan Pn. Rosdiana Sare juga mengusahakan pokok benih mereka di hadapan Gimnasium.
Para hadirin menjamu selera dengan potluck yang disediakan di hadapan Gimnasium.

Sila klik "Album" untuk melihat koleksi gambar yang terhad kerana belum memperolehi stok gambar  sebenar daripada juru gambar. 


FASA 1 | FASA 2:  | FASA 3:  | FASA 4: