slider 1

          Penyajak           IPGKTHO           Green           Golden frame

Coming Events

Wednesday, 18 April 2018

Sunday, 15 April 2018

Pertandingan "OPEN DOUBLE BOWLING" Sempena Sambutan Jubli Perak IPGKTHO

Pada 6 April 2018, Kelab Bowling IPGKTHO telah menganjurkan Pertandingan Open Double Bowling IPGKTHO 2018 sempena sambutan Jubli Perak IPGKTHO di Ampang Superbowl, Kluang Mall, Kluang.

Pertandingan ini menerima sambutan mesra dan sokongan padu daripada tujuh buah IPGK, iaitu IPGK Teknik, IPGK Perlis, IPGK Dato' Razali Ismail, IPGK Raja Melawar, IPGK Perempuan Melayu Melaka, IPGK Bahasa Melayu Ilmu Khas, IPGK Gaya yang telah menghantar pasukan atlit untuk mengambil bahagian. Terima kasih atas kesudian IPGK menyertai pertandingan ini.


Pertandingan Bola Sepak Sempena Sambutan Jubli Perak

Sempena sambutan Jubli Perak, Pertandingan Bola sepak telah diadakan bagi memeriahkan sambutan ulangtahun ini disamping mendekati masyarakat setempat.

 


Klik untuk bacaan lanjut:

Saturday, 7 April 2018

Pertandingan Petanque Sempena Sambutan Jubli Perak IPGKTHO

Pertandingan Petanque Peringkat Sekolah-sekolah Menengah sempena sambutan Jubli Perak IPGKTHO telah diadakan di ARENA Petanque Taman Flora, Batu Pahat pada 2 April 2018.



Majlis Penutup Sambutan Jubli Perak IPGKTHO

Majlis Penutupan Rasmi Sambutan Jubli Perak IPGKTHO berlangsung pada 7hb April (Sabtu), Jam 12.15 tengahari di Astaka IPGKTHO oleh Yang Berhormat Datuk Ab Aziz bin Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sri Gading.

Acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang IPTHO Cycle Ride dan cabutan hadiah telah diadakan.

      

Klik untuk bacaan lanjut:

IPTHO Cycle Ride Sempena Sambutan Jubli Perak IPGKTHO

Pada 7 April 2018 (Ahad), IPGKTHO telah mengadakan IPTHO Cycle Ride di mana 307 orang atlet menyertai perjalanan sejauh 90 km ini. Peserta terdiri daripada dua kategori, iaitu Lelaki Terbuka dan Perempuan Terbuka.

   

Untuk maklumat lanjut sila layari IPTHO Cycle Ride FaceBook page>>

Klik untuk bacaan lanjut:

Thursday, 5 April 2018

Kursus Kejurulatihan Woodball Sempena Sambutan Jubli Perak IPGKTHO

Sempena sambutan Jubli Perak IPGKTHO, Kursus Kejurulatihan Woodball diadakan pada 5-6 April 2018 yang bertempat di Balai Ilmu, IPGKTHO. Peserta kursus terdiri daripada staf IPGKTHO dan juga peserta di luar. Latihan amali pula diadakan di Laman Woodball IPGKTHO.

 
 

Majlis Ilmu Sempena Sambutan Jubli Perak IPGKTHO

JAPIM telah menganjurkan Majlis Ilmu sempena sambutan Jubli Perak IPGKTHO pada 5 April 2018 (Khamis) yang bertempat di Masjid At-Tarbiyah, IPGKTHO. Penceramah jemputan untuk majlis ini adalah Ustaz Mohd Kamal bin Mohd Said.






Klik untuk bacaan lanjut:

Wednesday, 4 April 2018

Pertandingan Sajak Sempena Sambutan Jubli Perak IPGKTHO

Pertandingan Sajak diadakan pada 2 April 2018 Sempena sambutan Jubli Perak IPGKTHO.





Klik untuk bacaan lanjut:

Kejohanan Olahraga Tahun 2018 - Majlis Penutup

Kejohan Olahraga Tahun 2018 telah berjaya diadakan dengan keputusan dan pencapaian yang berikut:

Perolehan Pingat  dan Pungutan Mata Keseluruhan:
RUMAH SUKAN
EMAS
PERAK
GANGSA
KEEMPAT
KELIMA
JUMLAH
PINGAT
JUMLAH MATA
RANKING
BENDAHARA
(UNGU)
11
8
13
10
2
44
552
JOHAN
LAKSAMANA
(BIRU TIFFANY)
10
7
6
6
9
38
511
NAIB-JOHAN
TEMENGGUNG (OREN)
5
11
7
5
6
34
478
TEMPAT KETIGA

Olahragawan Terbaik: HENRY SIA CHOU ANG (Memperolehi 2 pingat Emas, 1 Perak dan memecah rekod acara larian 800 meter kategori Lelaki)

Olahragawati Terbaik: FANG EILEEN (Memperolehi 1 pingat Emas, 1 Perak, 1 Gangsa dan memecah rekod acara lompat kijang kategori Perempuan)

Majlis Penutup Kejohanan Olahraga Tahun 2018 telah berlangsung pada 4 April 2018 dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan ucapan penutup rasmi oleh Pengarah.

   


             Kejohanan Olahraga Tahun 2018 - Saringan | Majlis Perasmian | Acara Pertandingan | Majlis Penutup

Klik untuk bacaan lanjut:

Kejohanan Olahraga Tahun 2018 - Acara-acara sukan yang dipertandingkan

Pelbagai acara dipertandingkan pada peringkat pusingan akhir pada 4 April 2018. Ia termasuk 100m Lelaki & Perempuan, Rejam Lembing, Lontar Peluru, Lompat Jauh, Lompat Tinggi, 400m Lelaki & Perempuan, Olahraga Mini Prasekolah, Tarik tali dan 4X400m Lelaki & Perempuan.

   


            Kejohanan Olahraga Tahun 2018 - Saringan | Majlis Perasmian | Acara Pertandingan | Majlis Penutup

Klik untuk bacaan lanjut:

Kejohanan Olahraga Tahun 2018 - Majlis Perasmian

Perasmian Kejohanan Olahraga oleh Tn. Hj. Adib bin Sulaiman, Pengarah IPGKTHO telah diadakan pada 4 April 2018.

 

Tuesday, 3 April 2018

Kejohanan Olahraga Tahun 2018 Sempena Sambutan Jubli Perak IPGKTHO - Sukan Tara

Kejohanan Olahraga Tahun 2018 berlangsung pada 3-4 April 2018. Pada 3 April 2018 merupakan saringan untuk acara lompat tinggi, lompat kijang, lempar cakera, lontar peluru, rejam lembing, acara larian 4X100m, 200m, 800m dan 1,500m.

   

Aktiviti Pameran dan Keusahawanan Sempena Sambutan Jubli Perak IPGKTHO

Aktiviti pameran daripada pelbagai agensi kerajaan, sekolah, NGO serta jabatan dan unit IPGKTHO diadakan pada 1-2 April 2018 dalam kampus institut. Pelbagai produk dan perkhidmatan ini ditawarkan dan menerima kunjungan daripada warga sekolah dan orang awam.

       

Meraikan Staf yang berkhidmat di IPGKTHO melebihi 25 tahun

Sempena Majlis Perasmian sambutan Jubli Perak IPGKTHO, Pengarah telah menyampaikan cenderahati kepada sepuluh orang pensyarah dan staf yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun di institusi ini. Mereka terdiri daripada:


Tn. Hj. Nasirudin Bin Md Top
(Mula berkhidmat di IPGTKHTO sejak 20.02.1992)

Pn. Yeoh Siok Tee
(Mula berkhidmat di IPGKTHO sejak 01.08.1992)

En. Khalid Bin Hassan
(Mula berkhidmat di IPGKTHO sejak 16.11.1992)

En. Mohd Taslim Bin Abdul Rahim
(Mula berkhidmat di IPGKTHO sejak 01.12.1992)

En. Rousliluddin Bin Ambia
(Mula berkhidmat di IPGKTHO sejak 01.12.1992)

Pn. Zaharah binti Abd Manap
(Mula bertugas di IPGKTHO sejak 01.07.1993)

Pn. Jayanthi Mala A/P V Marimuthu
(Mula bertugas di IPGKTHO sejak 01.08.1993)

Selain daripada itu, penghargaan juga diberikan kepada En. Zaihan Bin Abd Aziz dan  En. Saperi Bin Suhaili (mula berkhidmat di IPGKTHO sejak 01.05.1992) serta En. Ishak Bin Adam (mula berkhidmat di IPGKTHO sejak 16.11.1992) yang tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis tersebut.



Klik untuk bacaan lanjut: