slider 1

          Penyajak           IPGKTHO           Green           Golden frame

Coming Events

Thursday, 11 January 2018

MAJLIS SERAH TUGAS KJ/KU

Pada 10 Januari 2018 (Rabu), IPG Kampus Tun Hussein Onn telah mengadakan Majlis Serah Tugas Ketua Jabatan (KJ)/ Ketua Unit (KU) di Crystal Inn, Batu Pahat. Majlis ini diadakan dengan tujuan meraikan En. Mohamad Roslan bin Aroff (KJ Jabatan Ilmu Pendidikan), En. Abd Jabar bin A Rahman (Ketua Unit Kokurikulum) yang bakal ditempatkan di IPGK baru pada minggu hadapan. Barisan Pengurusan telah hadir bagi menyaksikan majlis yang berlangsung.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada bekas KJ dan KU atas sumbangan bakti mereka kepada institut. Semoga mereka terus cemerlang di IPGK baru nanti.

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN JABATAN ILMU PENDIDIKAN

Jabatan Ilmu Pendidikan telah mengadakan Majlis Jamuan Perpisahan di Crystal Inn, Batu Pahat pada 10 Januari 2018 (Rabu) bagi meraikan En. Mohamad Roslan bin Aroff (Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan), En. Mohd Azhar bin Ab Rahman dan Pn. Tan Sok Phiaw yang bakal ditempatkan di IPGK lain pada minggu hadapan.

Tn. Hj. Adib bin Sulaiman, Pengarah IPGKTHO dan Dr. Rafiah binti Ab Rahman, Timbalan Pengarah IPGKTHO turut menyertai majlis telah memeriahkan lagi suasana majlis.



Didoakan agar yang diraikan selamat menjalankan tugas di IPGK baru, sentiasa dirahmati dan diberkati dengan kesihatan, kekuatan dan kejayaan.

Klik SINI untuk melihat album.

Monday, 8 January 2018

Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2018 anjuran bersama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, JK Majlis Rasmi & KESTHO IPGKTHO

IPGKTHO telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2018 pada 8 Januari 2018 (Isnin) yang bertempat di Dewan Seri Budiman.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada lima orang pensyarah yang berjaya naik pangkat dan menerima watikah ketika majlis berlangsung. (Klik pautan Senarai nama pensyarah yang naik pangkat di bahagian bawah untuk bacaan lanjut.)

Majlis telah menyampaikan cenderahati kepada pensyarah-pensyarah yang menyambut hari lahir pada Bulan Januari dan menyampaiakn cenderahati kepada 15 orang pensyarah yang bakal bertukar ke IPGK lain pada pertengahan bulan Januari ini. (Klik pautan Senarai nama pensyarah yang bertukar di bahagian bawah untuk bacaan lanjut.)


Terima kasih diucapkan kepada sekalian atas sumbangan dan khidmat bakti kepada institut sepanjang tempoh perkhidmatan. Mudah-mudahan terus cemerlang dan berjaya dalam segala bidang yang bakal diceburi nanti.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) telah melancarkan Buletin Furqan sempena majlis tersebut dan telah emelkan penerbitan tersebut kepada semua warga IPGKTHO.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada JAPIM atas usaha dan kejayaan mereka berkongsi maklumat yang begitu berharga sebagai pedoman yang menerangi hati dan jiwa.

Pengarah telahpun merasmikan pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar pada penghujung Majlis. Mudah-mudahan Perwakilan baru yang bakal dilantik akan meneruskan perjuangan dan menawarkan khidmat bakti dengan cemerlang.


Klik untuk bacaan lanjut: