slider 1

          Penyajak           IPGKTHO           Green           Golden frame

Monday, 8 January 2018

Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2018 anjuran bersama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, JK Majlis Rasmi & KESTHO IPGKTHO

IPGKTHO telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2018 pada 8 Januari 2018 (Isnin) yang bertempat di Dewan Seri Budiman.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada lima orang pensyarah yang berjaya naik pangkat dan menerima watikah ketika majlis berlangsung. (Klik pautan Senarai nama pensyarah yang naik pangkat di bahagian bawah untuk bacaan lanjut.)

Majlis telah menyampaikan cenderahati kepada pensyarah-pensyarah yang menyambut hari lahir pada Bulan Januari dan menyampaiakn cenderahati kepada 15 orang pensyarah yang bakal bertukar ke IPGK lain pada pertengahan bulan Januari ini. (Klik pautan Senarai nama pensyarah yang bertukar di bahagian bawah untuk bacaan lanjut.)


Terima kasih diucapkan kepada sekalian atas sumbangan dan khidmat bakti kepada institut sepanjang tempoh perkhidmatan. Mudah-mudahan terus cemerlang dan berjaya dalam segala bidang yang bakal diceburi nanti.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) telah melancarkan Buletin Furqan sempena majlis tersebut dan telah emelkan penerbitan tersebut kepada semua warga IPGKTHO.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada JAPIM atas usaha dan kejayaan mereka berkongsi maklumat yang begitu berharga sebagai pedoman yang menerangi hati dan jiwa.

Pengarah telahpun merasmikan pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar pada penghujung Majlis. Mudah-mudahan Perwakilan baru yang bakal dilantik akan meneruskan perjuangan dan menawarkan khidmat bakti dengan cemerlang.


Klik untuk bacaan lanjut: