slider 1

          Penyajak           IPGKTHO           Green           Golden frame

Coming Events

Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 1 Malaysia (Peringkat Separuh Akhir IPGK)






        Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 1 Malaysia (Kategori IPGK) Peringkat Separuh Akhir telah dianjurkan oleh IPG Kampus Tun Hussein Onn pada 2-3 September 2015 dan bertempat di Dewan Seri Budiman. 

Acara pertandingan yang telah berlangsung adalah seperti yang berikut:    

Hari Pertama (2 September 2015):

- Kuiz
- Crossword
- Anagram
- Ujian IQ
- Sudoku
- Suai Logo / Produk
- Puzzle


Hari Kedua (3 September 2015)

 - Word Search


Majlis Penutup Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 1 Malaysia

Pertandingan telah sempurna dilaksanakan pada 3 September. Keputusannya telah diumumkan ketika majlis penutup berlangsung. Timbalan Rektor telah hadir dan menutup rasmi aktiviti ini.
Ketibaan Dr. Noriati bt. A. Rashid, Timbalan Rektor IPGM disambut oleh Pengarah IPGKTHO.


Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid(kiri) turut hadir bagi meriahkan majlis.

Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman turut hadir untuk Majlis Penutup Kuiz Pelaburan PNB 1 Malaysia.

Dif-dif kehormat bergaya di ruang legar Bangunan Pentadbiran.


Ketibaan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (Tengah) ke Majlis Penutup.

Keputusan Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 1 Malaysia adalah seperti yang berikut:
  • Johan - IPGK Perempuan Melayu
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (ke4 dari kiri) dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (ke5 dari kiri) dijemput untuk acara penyampaian hadiah.

  • Naib Johan - IPGK Temenggung Ibrahim
  • Tempat Ketiga - IPGK Tun Hussein Onn

  • Tempat Keempat - IPGK Tunku Bainun

  • Tempat Kelima - IPGK Sultan Mizan

Selamat maju jaya!



Klik untuk melihat ALBUM